Kisah Kejayaan

H2-2024-USAHAWAN-NOR ROSIMA AZMI

Nama : Nor Rosima Azmi

Umur:32 Tahun

Ahli:2024

Latar belakang

Beliau adalah usahawan oku yang berdaftar dengan Persatuan Oku Kelantan. Mula berjinak jinak dengan dunia perniagaan sejak dibangku sekolah lagi. Mula menjadi ahli NADI melalui kursus yang dianjurkan oleh NADI dibawah Persatuan Oku beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI Permasalahan beliau hadapi adalah memasarkan produk beliau secara fizikal. Pemasaran yang dilakukan secara fizikal adalah terhad dan tidak ramai pelanggan mengenali produk tersebut. Kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri dari rakan-rakan dan orang perseorangan atau agen yang membuat urusan jual beli

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Perkembangan teknologi maklumat telah memudahkan beliau melangkah ke hadapan mempromosikan kueh dan produk frozen beliau secara atas talian. Kebanyakan pelanggan beliau terdiri daripada kakitangan kerajaan,swasta  dan orang perseorangan yang mengenali beliau. Beliau juga melantik agen-agen jualan bagi memperhebatkan lagi jualan biskut terutama pada musim cuti persekolahan bagi yang mengambil tempahan