mcmc
Maklumat Setempat

Aktiviti Pusat Ekonomi Digital

 Sehubungan itu, beberapa aktiviti telah dijalankan di PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Pulai Chondong sebagai persediaan ke arah tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

KELAS LATIHAN ICT PENGHULU

 

Bagi melahirkan golongan yang celik komputer dan tidak terhad kepada kanak-kanak dan remaja, maka kelas latihan untuk penghulu telah diadakan. Kelas ini melatih penghulu agar mahir menggunakan komputer serta memudahkan aktiviti harian mereka, di samping menaiktarafkan kehidupan.

BENGKEL LATIHAN PMR

 

Bengkel ini diadakan untuk melatih pelajar khususnya yang akan mengambil peperiksaan PMR agar mahir menggunakan komputer dan internet. Malah mereka turut membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR dengan membuat latih tubi online.

BENGKEL LATIHAN UPSR

Bengkel ini diadakan khusus untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR agar mahir menggunakan komputer dan internet. Di samping itu, mereka juga dibimbing dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR secara online.

PERTANDINGAN MELUKIS

Pertandingan ini diadakan untuk melatih anak-anak tempatan, terutamanya kanak-kanak supaya kreatif menghasilkan lukisan menggunakan komputer. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung mereka dapat menonjolkan bakat masing-masing.

HARI BERSAMA PEGAWAI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN SERTA PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN MACHANG

  

Memberi penerangan dan taklimat tentang PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti kepada pegawai-pegawai dari Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK KELANTAN) serta Pejabat Tanah dan Jajahan Machang. Taklimat ini disampaikan bersempena dengan Pertandingan Pejabat Penggawa.

PROGRAM BERSAMA PDK (Pemulihan Dalam Komuniti)

 

Bertujuan memberi tunjuk ajar dan latihan ICT kepada golongan istimewa dengan bantuan guru-guru PDK. Program ini diadakan pada setiap hari Rabu selama 1 jam.

PROGRAM ANAK-ANAK KOMUNITI

Diadakan sempena cuti sekolah, bertujuan memberi kesedaran dan tunjuk ajar tentang kepentingan ICT kepada anak-anak komuniti. Latihan ini telah memberi kesan yang positif kepada mereka tentang penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.            
BENGKEL BUAT KAD RAYA
Memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada peserta-peserta bengkel untuk memahirkan diri dalam menguasai bidang ICT. Bengkel ini diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri.

PAKEJ 1 KELUARGA

Dalam perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting untuk bersama dengan anak-anak mereka mempelajari dan memahami  kepentingan ICT. Hal ini secara tidak langsung dapat menggalakkan anak-anak mengenali dengan lebih dekat dunia ICT serta mengawasi anak-anak mereka daripada menyalahgunakannya.

KURSUS ICT IMAM/PEN. PENDAFTAR NIKAH ANJURAN SKMM, PEJABAT SUK KELANTAN DAN MAJLIS AGAMA ADAT ISTIADAT KELANTAN

Program kursus ICT Imam Muda dan Penolong Pendaftar Akad Nikah ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Pejabat SUK Kelantan. Program ini memberi kesan positif dan kesedaran terhadap teknologi maklumat serta kepentingannya. pada masa kini. Seramai 6 orang peserta telah menghadiri kursus ICT ini yang terdiri daripada Imam Muda dan Penolong Pendaftar Akad Nikah.

PENGAGIHAN NETBOOK 1 MALAYSIA

Pengagihan netbook 1 malaysia kepada pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia.Bagi PJK Pulai Chondong termasuk PJK bagi Jajahan Machang secara amnya dibuat pada 11 November 2010 di Sekolah Kebangsaan Machang 2.

LATIHAN 1 MALAYSIA

Latihan 1 Malaysia adalah satu program yang diajar untuk semua peringkat umur dan diajar secara percuma. Program ini mempunyai 5 modul antaranya Intel Easy Step,Kursus Asas Pembangunan dan Pengurusan Kandungan Laman Web,Kursus Asas Pembangunan dan Penyuntingan Imej, Kursus Asas Pemasangan Sistem Pengoperasian Komputer dan Kursus Asas Pemasangan Komputer.Setiap satu modul mempunyai satu sijil dan setiap peserta harus mencukupkan jam pembelajaran untuk mendapatkan sijil.Bagi modul intel easy step peserta harus mencukupkan pembelajaran selama 10 jam. Bagi modul kursus asas pembangunan dan pengurusan kandungan laman web peserta harus mencukupkan pembelajaran selama 4 jam.Bagi modul kursus asas pembangunan dan penyuntingan imej peserta harus mencukupkan pembelajaran selama 4 jam. Bagi modul kursus asas pemasangan komputer peserta harus mencukupkan pembelajaran selama 4 jam dan begitu bagi modul kursus asas pemasangan pengoperasian, peserta harus mencukupkan pembelajaran selama 4 jam. Peserta yang mencukupi jam pembelajaran akan diberikan cenderahati sebagai tanda perhargaan dan komitmen semasa belajar.Program ini berlangsung dari bulan september 2011 hingga Mac 2012.

LATIHAN 1 CITIZEN

  

Latihan 1citizen merupakan program yang dikhaskan kepada pelajar sekolah menengah yang berumur 16 tahun dan keatas  secara percuma.Program ini diselia sepenuhnya oleh Prestariang Sdn.Bhd.Program ini akan memberi pembelajaran dengan cara menerapkan nilai-nilai murni semasa berada di atas talian. Program ini mempunyai8 modul antaranya e-akses,e-celik,e-peraturan,e-keselamatan,e-interaksi dan kerjasama,e-perusahaan,e-kesejahteraan dan e-kebertanggungjawaban. Program ini akan berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama, peserta perlu menamatkan 8 jam pembelajaran. Pada hari kedua, peserta perlu menghadiri peperiksaan secara atas talian. Masa yang diberikan adalah 45 minit untuk 60 soalan. Peserta perlu menjawab kesemua soalan tersebut. Jika peserta mendapat 400/1000 maka peserta layak mendapat sijil Certiport iaitu sebuah badan antarabangsa dari Amerika Syarikat.Jika peserta mendapat markah kurang daripada 400, maka peserta tidak layak mendapat sijil. Setelah selesai mengambil peperiksaan, peserta perlu menghantar portfolio untuk mendapat sijil kehadiran.Bagi sijil-sijil tersebut boleh dimuatturun dari portal 1Citizen dan Certiport.

GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE (GMBO)

  

Program ini adalah satu program untuk menjual produk secara atas talian. Program ini dikhususkan kepada usahawan-usahawan yang mempunyai lesen daftar perniagaan (SSM). Dengan khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada peserta bagi menyediakan laman web untuk produk jualan mereka dimana domainnya adalah .my. Peserta perlu menyiapkan laman web perniagaan mereka serta perlu mengisi borang atas talian untuk mendapatkan geran RM1000 daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan meneliti terlebih dahulu laman web tersebut dan geran RM1000 akan diberikan terus kepada peserta tersebut sekiranya laman web tersebut menepati ciri-ciri yang dihendaki oleh pihak SKMM.

KEMPEN PENGGUNA BIJAK DAN KEUSAHAWANAN(KPBU)

  

Program ini dikhusukan kepada remaja yang berusia 18 tahun,belia,dewasa dan warga emas.Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kadar keahlian Pusat Internet 1 Malaysia. Peserta akan dijemput samaada dari hebahan atau surat jemputan untuk menghadiri progam ini di Pusat Internet 1 Malaysia. Peserta akan diberikan borang keahlian untuk diisi dan pendaftaran keahlian adalah secara percuma.Program ini akan berlangsung selama 4 jam dimana peserta akan diberikan  taklimat tentang Pusat Internet 1 Malaysia serta kelebihan menjadi ahli PI1M.Di akhir taklimat, pesrta akan diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan juga jamuan makan.

 

BIL JENIS LATIHAN / KELAS TARIKH/MASA PELAJAR KATEGORI
1 LATIHAN E-BASIC 2-May-2016 2 ORANG PELAJAR IPT DAN LEPASAN IPT
2 LATIHAN INTEL EASY STEP 5-May-2016 1 ORANG PELAJAR IPT,LEPASAN IPT DAN PENTERNAK
3 LATIHAN INTEL EASY STEP 6-May-2016 3 ORANG PELAJAR IPT,LEPASAN IPT DAN PENTERNAK
4 LATIHAN MICROSOFT OFFICE 7-May-2016 8 ORANG PELAJAR SEKOLAH DAN LEPASAN SEKOLAH
5 BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK 7-May-2016 8 ORANG PELAJAR SEKOLAH DAN LEPASAN SEKOLAH
6 LATIHAN MEDIA BARU 7-May-2016 7 ORANG WANITA DAN WARGA EMAS
7 BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK 7-May-2016 7 ORANG WANITA DAN WARGA EMAS
8 LATIHAN E-BASIC 8-May-2016 2 ORANG PELAJAR IPT DAN PENTERNAK
9 LATIHAN E-BASIC 9-May-2016 2 ORANG PELAJAR IPT DAN PENTERNAK
10 LATIHAN E-BASIC 9-May-2016 2 ORANG PELAJAR IPT DAN PENTERNAK
11 LATIHAN INTEL EASY STEP 11-May-2016 1 ORANG LEPASAN IPT
12 LATIHAN INTEL EASY STEP 12-May-2016 1 ORANG LEPASAN IPT