Nama: Thahirah binti Shukri Umur : 46 tahun Ahli : Jun 2020 |
Latar belakang
Beliau memulakan perniagaan kedai makan pada bulan September 2019. Pelbagai makanan dan minuman yang djual di kedai beliau. Antara makanan yang dijual adalah seperti roti canai,roti titab, nasi kerabu kambing bakar,nasi berlauk dan sebagainya. Perniagaan beliau adalah perniagaan keluarga dimana ianya diusahakan bersama anak – anak dan suaminya.Perniagaan beliau dibuka 6 hari seminggu kecuali hari ahad dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal pembukaan kedai makan beliau, kebanyakan pelanggan adalah dari sekitar pulai chondong,saudara mara dan kenalan rapat yang mengenali beliau. Beliau menghadapi masalah untuk mempromosikan kedai makan untuk orang ramai lebih mengenali.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mempromosikan kedai makan beliau melalui Facebook beliau iaitu Warung Pohon Nyior. Kedai makan beliau kini semakin dikenali.Ramai pelanggan yang datang ke kedai beliau walaupun dari luar Daerah Pulai Chondong Hasil pendapatan beliau kini semakin meningkat. Anggaran pendapatan beliau antara RM2000 hingga RM4000 sebulan.