Nama: Mohd Khairul Azidi bin Md Noor Umur : 41 tahun Ahli : September 2020 |
Latar belakang
En.Mohd Khairul Azidi merupakan penyedia makanan katering untuk semua jenis majlis keraian sama ada perkahwinan, program agama dan sebagainya. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2012. Bagi beliau selain minat berniaga, peluang perniagaan seperti ini mempunyai pasaran luas,mampu untuk bertahan dan meraih keuntungan yang lumayan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada permulaan perniagaan beliau, beliau menghadapai kesukaran untuk mendapatkan pelanggan. Ini kerana tidak ramai yang mengenali beliau.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM3000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan adalah dari orang-orang yang dikenali beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendedahan secara atas talian dimana beliau mempromosikan perkhidmatan catering di media sosial. Ramai pelanggan sama ada yang lama atau baru bertanya tentang perkhidmatan katering melalui facebook dan whatsapp. Kini, kebanyakan pelanggan beliau adalah mereka yang mengetahui perkhidmatan katering yang dipaparkan melalui facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM4000.